hari-hari bahagia dalam hidup duahengget (^_^)v

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, May 12, 2013

:'(

Semakin banyak ku tahu,
Semakin banyak rasa buntu bercelaru....
Mana satu hendak ku percaya?
Mana tempat harus ku tuju?

Berat sungguh ujian-Mu kali ini Ya Allah...
Benar-benar membuatkan pertimbangan akal dan hatiku tak lagi bersatu..

Aku mohon Ya Allah,
Berikan petunjuk untukku...tunjukkan jalan kepada ku..

Ampunkan aku Ya Allah,
Kerana ku tahu semua ini kerana kealpaanku

:'(

Saturday, April 6, 2013

Alhamdulillah.. :))

Syukur pada-Mu ya Allah utk hadiah kedua ni. So far takde alahan,sama dgn masa mengandungkan Azizah Zahira.
Tapi this time,si kecik dlm perut ni lain macam sikit. Nampak gaya tak berapa suka makan nasi putih nihhh..Bila makan nasi putih je rasa mcm kembang tekak..Tapi tak sampai tahap muntah laaa..huhu..Mula2 ingatkan tak lalu nak makan masakan sendiri tapi tengok2 MIL masak pun aku tak lalu,pembantu pra masak pun aku tak lalu..Tapi nasi goreng boleh..huhu..So sekarang kena spare roti la nampaknya..Kalo dah lapar sangat & takde benda nak makan kat umah,makan la roti saje.. ;p
This time,masa buat buku mengandung tu ade cabaran jugak. Dua kali hampir nak pitam kat klinik ibu & anak tu.Nasib baik la misi-misi kat situ semua dah kawan2.So siap minum air milo bekal misi sorang ni nak bagi pulihkan pening & gelap mata tu..heh..Then masa nak amik darah,cucuk sampai 4 tempat baru kuar darahnya..Selang sehari lepas tu,pegi amik darah skali lagi utk check tiroid,pun 2kali cucuk baru kuar darah..aishhh..dugaan dugaan..
Many more to come i guess..hihi..Tapi takpe..Ini la orang kata cabaran & dugaan mengandung.Baru la nanti bila anak2 dah besar,boleh la cite kat diorang.."awak dulu masa ibu kandungkan macam gini gini ragamnya..awak pulak macam gitu gitu ragamnya.." hahaha..
(^_^)v